Latest News
Tampilkan postingan dengan label Cerita Cinta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Cerita Cinta. Tampilkan semua postingan

Permata Buat Suamiku

Posted by Lathifatuz Zahroh Rabu, 02 Februari 2011, under | 0 komentar

"Sudah lima tahun Man, lima tahun! Sudah lama benar kau kahwin dengan perempuan itu! Jangankan tiga, seorang cucu pun Mak tak dapat lagi!"

Datin Syuhada sudah tidak dapat bersabar lagi. Sikap acuh tidak acuh Azman benar-benar membuatkan dia naik darah. Ini bukan kali pertama Datin Syuhada naik angin. Sudah hampir seratus kali agaknya Azman mendengar bebelan yang sama setiap kali dia datang menemui ibunya itu.

"Dulu Mak dah cakap. Jangan kahwin dengan perempuan itu. Dia tu mandul! Tengok muka dia pun Mak dah tahu dia tu tak sihat. Tapi kau tak pernah nak dengar cakap Mak. Kau kahwin juga dengan dia. Sekarang kau terimalah padah akibat ingkar kata-kata Mak. Orang lain baru dua tahun kahwin pun dah ada dua orang anak, engkau ni dah lima tahun kahwin, seorang anak pun tak ada!"

Datin Syuhada terus-menerus melayan amarahnya. Betapa emosinya pada waktu itu dikuasai oleh syaitan laknatullah yang ligat menghembuskan hasutan dan kata-kata keji ke dalam hati wanita berusia separuh abad itu.

" Rezeki tu di tangan Allah Mak. Mungkin belum sampai waktunya lagi. Kalau Man sebagai suami boleh bersabar, mengapa Mak tak boleh? Susah sangat ke, Mak?", sedih Azman apabila terpaksa bertelagah dengan ibunya setiap kali mereka bersua muka.

Bukan senang untuknya mencuri masa bertemu dengan ibunya. Namun, setiap kali ada peluang bertemu, pasti isu zuriat yang akan dibangkitkan. Kadangkala Azman terfikir, andai saja ayahnya masih ada, pasti ibunya tidak akan bersikap sebegitu.

Pemergian Datuk Rosmi telah membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Terutama sekali terhadap ibunya. Ibunya kini bukan lagi seorang insan penyayang, bukan lagi seorang insan yang lembut dan sopan, juga bukan lagi seorang insan yang halus bicaranya.

Secara jujurnya, perubahan pada sikap Datin Syuhada benar-benar menyiksa batin Azman. Ayahnya pergi dengan membawa bersama sinar cahaya yang dahulunya menjadi penerang di kala siang, pelita di kala kelam.

Kewibawaan dan kehebatan Datuk Rosmi sebagai nakhoda kepada bahtera yang mereka layarkan ke lautan Ilahi benar-benar menjadikan beliau sanjungan isteri serta waris tunggalnya. Azman, satu-satunya permata yang mampu diberikan oleh Datin Syuhada dibentuk dan diasuh dengan penuh kasih sayang serta perhatian walaupun amat sibuk dengan pelbagai urusan di luar kota.

Datuk Rosmi dan Datin Syuhada sentiasa memastikan waris tunggal mereka mendapat segala yang diperlukan bagi mendepani dunia yang penuh fatamorgana yang mampu menyesatkan jiwa-jiwa yang kosong. Sejak kecil lagi, Azman dibentengi dengan ilmu serta pengetahuan dalam bidang agama. Tidak lupa juga pengetahuan duniawi yang membantunya berjaya di dunia ini.

Sungguh kiamat itu benar, dan atas kepercayaan itulah Datuk Rosmi tidak pernah leka dalam memastikan ahli keluarganya bersedia untuk menerima kedatangan hari itu nanti. Dia tidak mahu keluarganya tergolong dalam kalangan manusia-manusia yang kerugian.

Namun, sejak beliau pergi menyahut panggilan Ilahi, segala-galanya telah berubah. Rumah besar yang dahulunya terang menjadi gelap-gelita. Sunyi dan sepi tanpa cahaya Ilahi. Tidak ada lagi kehangatan serta kasih sayang di dalam rumah itu. Pernah suatu ketika dahulu Azman tersesat dari jalan yang dahulunya pernah dia lalui bersama arwah ayah tercinta. Imannya cukup rapuh ketika itu. Serapuh besi berkarat yang yang boleh hancur dengan hanya sekali jentik sahaja. Namun, cepat-cepat dia tersedar lalu membetulkan landasannya.

Alhamdulillah...Kehadiran Syakila ke dalam hidupnya memudahkan lagi usahanya kembali ke jalan Allah. Syakila, sekuntum bunga indah yang dia temui di rumah Allah terus di angkat menjadi zaujahnya sebaik sahaja dia mengenalinya melalui seorang Ustaz.

Syakila hidup sebatang kara. Hidupnya di bumi ini menumpang kasih Allah yang disalurkan melalui seorang insan mulia seperti Ustaz Hasan. Dengan keyakinan bahawa Azman akan membimbing Syakila ke jalan syurga, Ustaz Hasan dengan rela hatinya menyerahkan Syakila kepada Azman. Tidak ada sedikit pun keraguan di hatinya terhadap jejaka soleh seperti Azman. Doanya agar mereka berjaya di akhirat kelak.

***********

" Ila, Mak dah tak boleh sabar lagi! Mak dah ada calon untuk Azman. Dah lima tahun kau kahwin dengan Azman, tapi kau tak mampu nak berikan Mak walau seorang cucu pun. Mak dah tak tahan bermenantukan perempuan cacat macam kau. Sekarang kau pilih sendiri. Sama ada kau beri Mak cucu dalam masa tiga bulan ni, atau kau izinkan Azman kahwin lagi. Ingat, Ila! Azman tu satu-satunya anak Mak. Mak tak boleh terus berdiam diri andai keturunan Mak dibiarkan tak bersambung begini. Lagi satu! Kalau sampai Man tahu hal ni, kau tahulah nasib kau nanti!”

Panggilan tersebut hampir saja membuatkan Syakila rebah menyembah bumi. Berkecamuk hati wanitanya apabila kata-kata keras seperti itu dituturkan kepadanya. Hati wanita mana tidak sedih jika menerima panggilan seperti itu.

"Astarghfirullahal ‘azim..." Beristirghfar panjang Syakila sebaik saja menerima amaran keras tersebut. Sungguh tidak dia sangka, ibu mertua yang selama ini disanjungnya bagai ibu kandung sendiri sanggup menuturkan kata-kata tersebut terhadapnya. Syakila sedar siapa dirinya. Wanita yang serba kekurangn, wanita yang tidak sempurna.

Bukan dia tidak pernah berusaha. Sudah bermacam -macam ikhtiarnya dengan Azman. Namun, tidak satu pun usahanya menunjukkan hasil yang diinginkan. Syakila redha, mungkin Allah masih ingin mengujinya. Ujian ini adalah suatu tarbiah buatnya. Bibirnya tidak pernah putus berdoa kepada Allah. Doanya agar suatu hari nanti Allah akan mengurniakannya seorang permata yang bakal mendoakan dia dan suaminya di saat mereka sudah tidak ada lagi di dunia ini.

Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat tempat khusus di sisi Allah tidak pernah mengeluh walaupun dikurniakan dengan cahaya mata hanya ketika usianya sudah lanjut. Inikan pula dirinya. Dirinya yang hanya merupakan makhluk yang lemah lagi hina di sisi Allah. Syakila yakin bahawa ujian yang didatangkan kepadanya tidak sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Sama seperti pelangi indah yang muncul sesudah hujan di siang hari.

***********

Syakila menyambut kepulangan cinta hatinya dengan senyuman yang paling manis. Dia tidak mahu bermuram durja apabila sedang bersama suaminya. Syakila cuba memaniskan wajahnya semanis yang mungkin. Walaupun begitu, ada kesedihan di mata beningnya yang terkesan oleh Azman. Segera Azman mencari puncanya.

" Ila, kenapa ni? Kenapa isteri Abang sedih hari ni? Patutlah air panas yang Abang minum ni pun terasa sejuk je. Rupa-rupanya, ada orang tengah berduka ni....", lembut sekali bicara Azman terhadap ratunya itu. Diselitkan sedikit jenaka dalam kata-katanya tadi. Dia cuba memancing tawa Syakila.

Syakila menjadi sedikit gugup. Sungguh dia gagal menjadiaktres terbaik setiap kali berdepan dengan suami tercinta. Walaupun begitu, dia tidak semudah-mudahnya meluahkan segala rasa pahit yang sedari tadi dipendamnya jauh di lubuk hati yang paling dalam. Biarlah hempedu itu dia telan sendiri. Dengan suara yang manja, Syakila membalas gurauan suaminya.

" Abang tu la... Keluar tak ajak Ila pun. Lepas tu, tinggalkan Ila lama-lama kat sini. Sorang-sorang pula tu. Ila rindu tau..."

Azman ketawa besar. Sikap manja yang ditunjukkan oleh isterinya yang terkadang tegas itu benar-benar mencuit hatinya. Dia merangkul erat permaisurinya itu. Sungguh dia kasih akannya. Tidak pernah sekali pun dia menyesali pernikahannya dengan Syakila. Kehadiran sekuntum bunga indah ke dalam hidupnya sudah cukup untuk membuatkan Azman mengucap syukur kepada Allah di setiap hembusan nafasnya. Mereka bahagia walaupun setelah lima tahun, rumah itu masih belum dihiasi dengan tawa riang anak kecil.

*********

Lena Syakila malam itu ditemani air mata duka. Ditatapnya puas-puas wajah tenang yang sedang lena diulit mimpi di sebelahnya. Bila difikirkan semula, ada betulnya juga kata-kata ibu mertuanya tadi petang. Azman perlu meneruskan keturunannya. Syakila mula memikirkan kembali akan keputusan besar yang harus dia hadapi nanti.

Lama dia beristikharah malam itu. Pintanya agar dia diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan yang sebaiknya. Kasihnya pada Azman terlalu tinggi. Andai seorang zuriat mampu menyerikan lagi hidup Azman, Syakila rela. Dia rela berkongsi kasih meskipun hatinya bakal terluka. Apa yang penting baginya adalah kebahagiaan Azman.

"Ya Allah... Berikanlah hamba-Mu ini kekuatan dalam mengharungi cabaran dari-Mu...", rintih hati kecil Syakila. Air matanya bercucuran mengenangkan suami yang mungkin akan dikongsikan bersama wanita lain nanti.

Andai saja dia bisa menjadi sekuat Sarah. Sarah, isteri milik Nabi Ibrahim a.s. Wanita mulia yang cukup kuat untuk berkongsi kasih sayang suami tercinta bersama seorang wanita lain bernama Hajar. Wanita mulia yang akhirnya dikurniakan Allah seorang zuriat atas kesabaran serta keteguhannya.

*********

Dua bulan berlalu. Pertemuan Azman dan ibunya tidak lagi diisi pertelingkahan apabila Azman membawa Syakila dengan sebutir permata yang sedang membesar di dalam rahimnya. Sejak hari itu, sikap Datin Syuhada terhadap Syakila berubah serta-merta. Rajin sekali dia menjaga Syakila. Sungguh dia kini kasih pada menantunya itu. Menantu yang dahulu dia caci maki dek kerana kekurangannya sebagai seorang wanita. Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Doa Syakila serta Azman yang bertahun-tahun lamanya termakbul jua.

"Ila, Abang redha Ila sebagai isteri Abang selama ini. Abang halalkan makan minum Ila. Abang ampunkan segala dosa-dosa Ila. Abang tunggu Ila kat sini. Abang tunggu Ila datang dengan permata kita. Abang sayangkan Ila.”

Azman mengucup lembut dahi isterinya yang bakal dibawa masuk ke wad bersalin sebentar sahaja lagi. Syakila tetap tersenyum manis walaupun kesakitan yang dia tanggung hanya Allah sahaja yang tahu.

Tempoh sembilan bulan menunggu kehadiran si permata cukup membahagiakan buat Azman. Kasihnya pada Syakila kian mekar sepanjang tempoh itu. Anak yang mereka gelarkan permata itu seringkali mereka perdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran setiap malam. Sungguh kasihnya mereka kepada zuriat mereka yang bakal lahir itu.

**********

Tiga jam berlalu begitu sahaja. Tangisan bayi perempuan yang memenuhi ruang tersebut cukup menggembirakan Azman. Namun, hatinya tidak keruan kerana tangisan itu tidak datang sendirian. Ada tangisan lain yang mengiringinya. Azman kenal suara itu. Cukup kenal.

Dia segera merempuh ke dalam wad tanpa menghiraukan para jururawat yang sedang bertugas. Dilihatnya Syakila sedang tidur. Dia tersenyum senang. Dihampirinya jasad lemah itu. Dikucupnya dahi Syakila dalam-dalam. Namun, saat dia memberikan kucupan tersebut, dia tidak dapat mengesan hembusan nafas Syakila. Ditatapnya wajah itu puas-puas. Jasad itu sudah kaku. Tidak bergerak lagi.

Azman tersungkur di hadapan jasad kaku tersebut. Sesungguhnya, Syakila telah syahid dalam pertarungan agung itu.

Renungan Untuk Perempuan

Posted by Lathifatuz Zahroh Minggu, 26 Desember 2010, under | 0 komentar

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW.

Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya.

Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir) Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani) Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga.

InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran. Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung “muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran” Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat. Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir) “Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)“ lantas apa lagi ayah?”

sahut puteri kecil terus ingin tahu. “ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi” “dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?” Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh” Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Kisah Seorang Istri Yang sholehah

Posted by Lathifatuz Zahroh , under | 0 komentar

Istrinya Yaqin cantik, putih, murah senyum dan tutur katanya halus. Tetapi kecantikannya tertutup sangat rapi. Dia juga hafal Al-Qur’an di usia yang relatif sangat muda , Subhanallah…

Sejak awal menikah, ketika memasuki bulan kedelapan di usia pernikahan mereka, istrinya sering muntah-muntah dan pusing silih berganti… Awalnya mereka mengira “morning sickness” karena waktu itu istrinya hamil muda.

Akan tetapi, selama hamil bahkan setelah melahirkanpun istrinya masih sering pusing dan muntah-muntah. Ternyata itu akibat dari penyakit ginjal yang dideritanya.

Satu bulan terakhir ini, ternyata penyakit yang diderita istrinya semakin parah..

Yaqin bilang, kalau istrinya harus menjalani rawat inap akibat sakit yang dideritanya. Dia juga menyampaikan bahwa kondisi istrinya semakin kurus, bahkan berat badannya hanya 27 KG. Karena harus cuci darah setiap 2 hari sekali dengan biaya jutaan rupiah untuk sekali cuci darah.

Namun Yaqin tak peduli berapapun biayanya, yang terpenting istrinya bisa sembuh.

Pertengahan bulan Ramadhan, mereka masih di rumah sakit. Karena, selain penyakit ginjal, istrinya juga mengidap kolesterol. Setelah kolesterolnya diobati, Alhamdulillah sembuh. Namun, penyakit lain muncul yaitu jantung. Diobati lagi, sembuh… Ternyata ada masalah dengan paru-parunya. Diobati lagi, Alhamdulillah sembuh.

oOo

Suatu ketika , Istrinya sempat merasakan ada yang aneh dengan matanya. “Bi, ada apa dengan pandangan Ummi?? Ummi tidak dapat melihat dengan jelas.” Mereka memang saling memanggil dengan “Ummy” dan ” Abi” . sebagai panggilan mesra. “kenapa Mi ?” Yaqin agak panik “Semua terlihat kabur.” Dalam waktu yang hampir bersamaan, darah tinggi juga menghampiri dirinya… Subhanallah, sungguh dia sangat sabar walau banyak penyakit dideritanya…

Selang beberapa hari, Alhamdulillah istri Yaqin sudah membaik dan diperbolehkan pulang.

Memasuki akhir Ramadhan, tiba-tiba saja istrinya merasakan sakit yang luar biasa di bagian perutnya, sangat sakiiit. Sampai-sampai dia tidak kuat lagi untuk melangkah dan hanya tergeletak di paving depan rumahnya.

oOo

“Bi, tolong antarkan Ummi ke rumah sakit ya..” pintanya sambil memegang perutnya…

Yaqin mengeluh karena ada tugas kantor yang harus diserahkan esok harinya sesuai deadline. Akhirnya Yaqin mengalah. Tidak tega rasanya melihat penderitaan yang dialami istrinya selama ini.

Sampai di rumah sakit, ternyata dokter mengharuskan untuk rawat inap lagi. Tanpa pikir panjang Yaqin langsung mengiyakan permintaan dokter.

“Bi, Ummi ingin sekali baca Al-Qur’an, tapi penglihatan Ummi masih kabur. Ummi takut hafalan Ummi hilang.”

“Orang sakit itu berat penderitaannya Bi. Disamping menahan sakit, dia juga akan selalu digoda oleh syaitan. Syaitan akan berusaha sekuat tenaga agar orang yang sakit melupakan Allah. Makanya Ummi ingin sekali baca Al-Qur’an agar selalu ingat Allah.

Yaqin menginstal ayat-ayat Al-Qur’an ke dalam sebuah handphone. Dia terharu melihat istrinya senang dan bisa mengulang hafalannya lagi, bahkan sampai tertidur. Dan itu dilakukan setiap hari.

“Bi, tadi malam Ummi mimpi. Ummi duduk disebuah telaga, lalu ada yang memberi Ummi minum. Rasanya enaaak sekali, dan tak pernah Ummi rasakan minuman seenak itu. Sampai sekarangpun, nikmatnya minuman itu masih Ummi rasakan”

“Itu tandanya Ummi akan segera sembuh.” Yaqin menghibur dirinya sendiri, karena terus terang dia sangat takut kehilangan istri yang sangat dicintainya itu.

Yaqin mencoba menghibur istrinya. “Mi… Ummi mau tak belikan baju baru ya?? Mau tak belikan dua atau tiga?? Buat dipakai lebaran.”

“Nggak usah, Bi. Ummi nggak ikut lebaran kok” jawabnya singkat. Yaqin mengira istrinya marah karena sudah hampir lebaran kok baru nawarin baju sekarang.

“Mi, maaf. Bukannya Abi nggak mau belikan baju. Tapi Ummi tahu sendiri kan, dari kemarin-kemarin Abi sibuk merawat Ummi.”

“Ummi nggak marah kok, Bi. Cuma Ummi nggak ikut lebaran. Nggak apa-apa kok Bi.”

”Oh iya Mi, Abi beli obat untuk Ummi dulu ya…??” Setelah cukup lama dalam antrian yang lumayan panjang, tiba-tiba dia ingin menjenguk istrinya yang terbaring sendirian. Langsung dia menuju ruangan istrinya tanpa menghiraukan obat yang sudah dibelinya.

oOo

Tapi betapa terkejutnya dia ketika kembali . Banyak perawat dan dokter yang mengelilingi istrinya.

“Ada apa dengan istriku??.” tanyanya setengah membentak. “Ini pak, infusnya tidak bisa masuk meskipun sudah saya coba berkali-kali.” jawab perawat yang mengurusnya.

Akhirnya, tidak ada cara lain selain memasukkan infus lewat salah satu kakinya. Alat bantu pernafasanpun langsung dipasang di mulutnya.

Setelah perawat-perawat itu pergi, Yaqin melihat air mata mengalir dari mata istrinya yang terbaring lemah tak berdaya, tanpa terdengar satu patah katapun dari bibirnya.

“Bi, kalau Ummi meninggal, apa Abi akan mendoakan Ummi?” “Pasti Mi… Pasti Abi mendoakan yang terbaik untuk Ummi.” Hatinya seakan berkecamuk. “Doanya yang banyak ya Bi” “Pasti Ummi” “Jaga dan rawat anak kita dengan baik.”

Tiba-tiba tubuh istrinya mulai lemah, semakin lama semakin lemah. Yaqin membisikkan sesuatu di telinganya, membimbing istrinya menyebut nama Allah. Lalu dia lihat kaki istrinya bergerak lemah, lalu berhenti. Lalu perut istrinya bergerak, lalu berhenti. Kemudian dadanya bergerak, lalu berhenti. Lehernya bergerak, lalu berhenti. Kemudian matanya…. Dia peluk tubuh istrinya, dia mencoba untuk tetap tegar. Tapi beberapa menit kemudian air matanya tak mampu ia bendung lagi…

Setelah itu, Yaqin langsung menyerahkan semua urusan jenazah istrinya ke perawat. Karena dia sibuk mengurus administrasi dan ambulan. Waktu itu dia hanya sendiri, kedua orang tuanya pulang karena sudah beberapa hari meninggalkan cucunya di rumah. Setelah semuanya selesai, dia kembali ke kamar menemui perawat yang mengurus jenazah istrinya.

“Pak, ini jenazah baik.” kata perawat itu. Dengan penasaran dia balik bertanya. “Dari mana ibu tahu???” “Tadi kami semua bingung siapa yang memakai minyak wangi di ruangan ini?? Setelah kami cari-cari ternyata bau wangi itu berasal dari jenazah istri bapak ini.” “Subhanalloh…”

Tahukah sahabatku,… Apa yang dialami oleh istri Yaqin saat itu? Tahukah sahabatku, dengan siapa ia berhadapan? Kejadian ini mengingatkan pada suatu hadits

“Sesungguhnya bila seorang yang beriman hendak meninggal dunia dan memasuki kehidupan akhirat, ia didatangi oleh segerombol malaikat dari langit. Wajah mereka putih bercahaya bak matahari. Mereka membawa kain kafan dan wewangian dari surga. Selanjutnya mereka akan duduk sejauh mata memandang dari orang tersebut. Pada saat itulah Malaikat Maut ‘alaihissalam menghampirinya dan duduk didekat kepalanya. Setibanya Malaikat Maut, ia segera berkata: “Wahai jiwa yang baik, bergegas keluarlah dari ragamu menuju kepada ampunan dan keridhaan Allah”. Segera ruh orang mukmin itu keluar dengan begitu mudah dengan mengalir bagaikan air yang mengalir dari mulut guci. Begitu ruhnya telah keluar, segera Malaikat maut menyambutnya. Dan bila ruhnya telah berada di tangan Malaikat Maut, para malaikat yang telah terlebih dahulu duduk sejauh mata memandang tidak membiarkanya sekejap pun berada di tangan Malaikat Maut. Para malaikat segera mengambil ruh orang mukmin itu dan membungkusnya dengan kain kafan dan wewangian yang telah mereka bawa dari surga. Dari wewangian ini akan tercium semerbak bau harum, bagaikan bau minyak misik yang paling harum yang belum pernah ada di dunia. Selanjutnya para malaikat akan membawa ruhnya itu naik ke langit. Tidaklah para malaikat itu melintasi segerombolan malaikat lainnya, melainkan mereka akan bertanya: “Ruh siapakah ini, begitu harum.” Malaikat pembawa ruh itupun menjawab: Ini adalah arwah Fulan bin Fulan (disebut dengan namanya yang terbaik yang dahulu semasa hidup di dunia ia pernah dipanggil dengannya).” (HR Imam Ahmad, dan Ibnu Majah). oOo

“Sungguh sangat singkat kebersamaan kami di dunia ini , akan tetapi sangat banyak bekal yang dia bawa pulang. Biarlah dia bahagia di sana” Air matapun tak terasa mengalir deras dari pipi Yaqin.


Tulang Rusuk Yang Patah.

Posted by Lathifatuz Zahroh Rabu, 02 Desember 2009, under | 0 komentar

"Siapa yang paling kamu cintai." Tanya Bunga kepada Arya..
"Sudah pasti kamu." Jawab Arya..
"Siapa sebenarnya aku di matamu??" Bunga bertanya lagi

Arya terdiam sejenak, berfikir, lalu menatap Bunga dengan penuh kehangatan dan berkata "Kamu adalah tulang rusukku, Allah melihat bahwa Adam kesepian. Saat Adam tidur Allah mengambil tulang rusuk Adam lalu di ciptakanNya Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya, dan saat telah menemukan tulang rusuknya, lelaki tak akan merasakan sakit hati lagi."

Akhirnya Bunga dan Arya menikah dan menikmati saat-saat yang indah hanya dalam waktu yang singkat, karena keduanya mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Mereka jarang menghabiskan waktu bersama lagi, sehingga bila ada sedikit saja masalah diantara seolah menjadi masalah yang besar dan membuat hari-hari mereka di warnai pertengkaran. Seketika itu hidup mereka menjadi membosankan, Kenyataan kalau tidak ada kecocokan di antara mereka membuat mereka mulai menepis impian dan cinta masing-masing.

Pertengkaran demi pertengkaran pun terjadi. Hingga pada suatu hari Bunga membentak."Ternyata kamu sudah tidak mencintai aku lagi."
Arya kesal karena ketidakdewasaan Bunga dan secara spontan menjawab "Aku menyesal menikah dengan kamu!! Ternyata kamu bukan tulang rusukku, karena kehadiran seorang istri harusnya mampu menghilangkan sakit hati pada suaminya, tapi kamu tidak setiap hari hanya buat aku sakit hati."

Bunga terkejut, berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah, dia menatap Arya seolah tak percaya dengan apa yang baru di dengarnya. Arya pun sebenarnya menyesal dengan apa yang baru saja ia katakan. Tapi layaknya air yang sudah tumpah, ucapan itu sudah tak mungkin di tarik kembali. Dengan linangan air mata, Bunga mulai mengemasi barang-barangnya dan bertekad untuk berpisah.

"Kalau aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarkan kita pisah dan mencari pasangan sejati masing-masing.........." ucap Bunga saat dia mau keluar dari rumah..

Arya tak mampu berbuat apa-apa, dia hanya terpaku sambil melihat Bunga pergi meninggalkan rumah mereka....

Lima tahun berlalu...

Arya masih belum menikah lagi, malah dia selalu mencari tahu kabar tentang kehidupan Bunga, ternyata Bunga pernah menikah tapi jodohnya tidak panjang juga. Dan Arya tahu kalau Bunga tak pernah memberinya kesempatan untuk kembali, Bunga tak pernah menghubungi atau menunggunya.

Arya sering menyendiri, pada suatu malam yang sunyi di tengah kesendiriannya dia hanya duduk melamun sambil di temani segelas kopi, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui kalau dia merindukan Bunga.

Tanpa sengaja Arya menabrak seorang perempuan di Mall, dan ternyata perempuan itu adalah Bunga. "Kamu apa kabar?" Tanya Arya.
"Baik-baik saja...hmm gimana? apa kamu sudah menemukan tulang rusukmu yang hilang??" tanya Bunga spontan.

"Belum" jawab Arya dengan singkat.

"Besok aku mau ke luar negri, mungkin 2 minggu baru pulang." Bunga memberitahu Arya

"Telpon aku kalau ada waktu ya, kamu tahu nomor telpon rumah kita khan? masih tidak berubah, dan tak ada yang berubah." Kata Arya.

Bunga hanya tersenyum dan pergi meninggalkan Arya...


Seminggu kemudian Arya mendapat kabar bahwa Bunga mengalami kecelakaan, dan Bunga meninggal dunia....

Malam itu sekali lagi di tengah kesendiriannya, Saat Arya minum kopi dia merasakan sakit lagi di dadanya. Akhirnya dia sadar kalau sakit itu karena Bunga..tulang rusuknya sendiri, yang dengan bodohnya dia patahkan sendiri....




Lihat Kartu Ucapan Lainnya
(KapanLagi.com)

Sahabat dan Cinta

Posted by Lathifatuz Zahroh Sabtu, 28 November 2009, under | 1 komentar



Di suatu hari yang cerah..
SAHABAT dan CINTA pergi jalan-jalan ke perkampungan.

Tiba-tiba CINTA jatuh di dalam telaga...

Kenapa?? karena CINTA itu buta..

Lalu SAHABAT pun ikut terjun ke dalam telaga..

Kenapa?? karena SAHABAT akan buat apa saja demi CINTA...

Di dalam telaga CINTA hilang...

Kenapa?? karena CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar di cari apalagi didalam telaga yang gelap. Sedangkan SAHABAT masih lagi mencari dimana CINTA dan masih setia menunggu.


Kenapa?? karena SAHABAT itu sejati dan akan kekal sebagai SAHABAT yang setia..
SAHABAT akan selalu ada di saat CINTA tak mampu memberikan kebahagiaan..
SAHABAT mampu memberikan kita sejuta senyuman dan menghibur kita saat hari-hari terasa berat..

SAHABAT adalah orang yang kau sukai dan menyukaimu

SAHABAT adalah tempat kau menjadi dirimu.

SAHABAT adalah orang yang menghargai kelebihanmu dan tidak keberatan dengan kekuranganmu.

SAHABAT adalah tempat berbagi suka maupun duka.

SAHABAT adalah orang yang mengerti perasaanmu tanpa harus kau ucapkan.

SAHABAT adalah orang yang ikut merasakan kesedihanmu, mencoba membahagiakanmu dan ikut berbahagia dengan bahagiamu.

SAHABAT adalah orang yang berani berkata jujur demi kebaikanmu.

SAHABAT adalah orang yang akan selalu ada ketika kamu memerlukan bahu untuk menangis.

SAHABAT adalah orang yang pertama kali memberikan ucapan selamat untuk kesuksesanmu tanpa berharap mendapat sesuatu darimu.

SAHABAT adalah orang yang mengingatkanmu saat kau lupa, menegurmu ketika kau salah dan menuntunmu ketika kau tersesat.

SAHABAT adalah orang yang mengulurkan tangannya ketika kau dalam kegelapan.

SAHABAT itu bukan kenalan karena kenalan adalah orang yang kau ketahui namanya, sering kau temui tetapi kau tak pernah mau berbagi hidup dengan mereka.

SAHABAT dicintai bukan karena kau jatuh cinta padanya, tetapi karena kau memikirkan dan merindukannya ketika dia tak ada.

SAHABAT adalah permata yang susah di cari, kehilangan sahabat adalah kehilangan bagian dari hidupmu, maka dari itu jangan sia-siakan SAHABATmu.karena dengan SAHABAT lah dirimu akan menjadi lengkap.



Lihat Kartu Ucapan Lainnya
(KapanLagi.com)







Kisah Segelas Kopi Asin

Posted by Lathifatuz Zahroh , under | 2 komentar

Arya bertemu dengan Bunga di sebuah pesta, Bunga adalah seorang gadis yang menakjubkan. Banyak cowok yang berusaha PDKT ma dia. Sedangkan Arya hanya seorang cowok yang biasa-biasa aja, gak ada satu cewekpun yang nglirik sama dia. Secara gak sengaja Arya menabrak Bunga, gaun indah yang di pakai Bunga pun jadi kotor karena tertumpah makanan yang sedang dibawanya. Sebagai permohonan maaf Arya mengajak Bunga untuk minum kopi bersama di sebuah Cafe. Walaupun agak terkejut sama ajakannya yang mendadak, tapi Bunga gak mau menghampakan dan mengecewakan Arya. Mereka berdua duduk di sebuah Cafe yang nyaman, Arya nampak gugup saat menghadapi Bunga, membuat Bunga gak nyaman berada di sana.

"Ngomong sesuatu donk...aku dah pengen pulang nie.." , kata Bunga dalam hati...

Tiba-tiba Arya manggil pelayan, "Tolong ambilkan saya sedikit garam, saya mau mencampurkannya dalam kopi saya..."

Semua orang memandang aneh sama Arya, mendadak mukanya jadi merah. tapi dia tetap mengambil dan mencampurkan garam ke dalam kopinya serta meminumnya.

"Kebiasaan kamu aneh y??" Tanya bunga dengan penuh rasa ingin tau..

"Waktu aku masih kecil, aku tinggal di dekat laut. Aku suka banget main di laut, dimana aku bisa merasakan laut...asin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini..." Jawab Arya...

"Setiap kali aku minum kopi yang asin, aku selalu ingat sama masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan tanah kelahiranku, rindu dengan kedua orang tuaku yang masih tinggal disana", lanjut Arya dengan mata berlinang.

Bunga begitu terharu, sebuah cerita yang menyentuh hatinya. Perasaan yang begitu dalam dari seorang cowok yang mengungkapkan kerinduan akan kampung halamannya. Arya pasti seorang yang mencintai dan mengambil berat tentang rumah dan keluarganya. Arya pasti juga mempunyai rasa tanggung jawab sama tempat tinggal dan orang tuanya...kata Bunga dalam hati.

Kemudian mereka saling bercerita tentang tempat tinggal mereka yang jauh, masa kecil mereka, dan keluarga mereka..Perbincangan yang begitu menarik bagi mereka. Dan itu juga merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka akhirnya menjalin sebuah hubungan. Bunga menyadari kalau Arya adalah cowok idamannya. Arya begitu toleran,baik hati,hangat ,penuh perhatian..kesimpulannya Arya adalah cowok yang hampir saja dia abaikan.

Untung aja ada kopi asin!!

Seperti setiap kisah cinta yang indah, sang puteri akhirnya menikah dengan sang pangeran...begitu juga dengan Bunga dan Arya akhirnya mereka menikah. Dan, setiap kali Bunga membuatkan suaminya segelas kopi, dia mencampurkan sedikit garam didalamnya, karena Bunga tahu itulah kesukaanya suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, Arya akhirnya meninggal dunia. Arya meninggalkan sepucuk surat untuk istrinya:

" Sayangku...maafkanlah aku.Maafkan atas semua kebohongan yang telah aku buat sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu "tentang kopi asin". Kamu ingat waktu pertama kali kita berkenalan?? Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin sekali menukarnya, tapi aku gak sanggup. Maka aku biarkan saja semuanya, Aku gak pernah menyangka hal itu akan menjadi awal perbincangan kita. Aku sering mencoba tuk mengatakan yang sebenarnya kepadamu dalam hidupku, tapi aku begitu takut untuk melakukannya, karena aku takut kehilangan kamu Sayangku... aku telah berjanji untuk tidak menyembunyikan apapun darimu..Sekarang saat kau membaca surat ini, aku telah tiada. Tidak ada lagi yang aku takutkan, maaf kalau aku harus jujur padamu..Sebenarnya aku tidak suka dengan kopi asin. Tapi sejak aku mengenalmu, aku selalu merasakan kopi yang rasanya asin sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu istriku walaupun aku harus minum segelas kopi asin sepanjang hidupku....."

Air mata bunga jatuh tak terbendung membaca surat itu...

Suatu hari anaknya bertanya kepadanya "Ma..bagaimana rasanya segelas kopi asin?"

Bunga pasti menjawab, "Rasanya begitu manis.."

Terkadang kita merasakan telah begitu mengenali orang yang kita cintai,tapi kita tidak menyadari bahwa pendapat kita tentang orang yang kita cintai apakah sama dengan kenyataan...



Lihat Kartu Ucapan Lainnya
(KapanLagi.com)