Latest News

Rumah Adalah Ladang Syurga Untuk Seorang Istri

Posted by Lathifatuz Zahroh Kamis, 18 November 2010, under | 0 komentar
“…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…”

KELEBIHAN ISTERI…

Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa hisab dan mengikut pintu yang disukai.

Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.”

“ Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.”

Seperti mana yang diriwayatkan oleh At Tabrani mengikut hadis Rasullah s.a.w :

“…Sukakah aku beritahu siapa dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga? Jawab para sahabat : Bahkan kami suka. Sabda Rasullah s.a.w lagi : Iaitu tiap-tiap isteri yang bersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak. Dan apabila ia dimarahi oleh suaminya, ia menyerahkan diri untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)…”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung :

“…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah. Ganjaran ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu berrsalin, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.” Janji Allah kepada isteri-isteri yang menyusukan anak-anaknya.

Menurut riwayat Al Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasullah s.a.w setiap teguk (satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas.

Kelebihan wanita-wanita yang mengandung :

“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa.

Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabililah.Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir).”

Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya :

“ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.”

“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya."

EMPAT GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH SAW :

1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).

2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta menerima sahaja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang serba kekurangan dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya.

4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan dia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya yang yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar.

“…Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumah tangga dengan sabar, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu sebagai seorang isteri dan juga ibu.”

Dandanan Yang Dilarang Dalam Islam

Posted by Lathifatuz Zahroh Minggu, 14 November 2010, under | 0 komentar

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Allah S.W.T mengutuk orang-orang menyambung rambut dan meminta disambungkan,juga orang yang membuat tato dan orang yang dimintakan membuat tato” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sementara hadis lain, Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda: Diriwayatkan daripada ‘Alqamah dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya :

“Allah S.W.T mengutuk orang- orang yang membuat tato sebagai hiasan, juga orang yang meminta dibuatkan tato padanya, Orang- orang yang mengubah dan membentuk alis matanya, juga orang-orang yang meminta diubahkannya, orang- orang yang mengubah bentuk gigi untuk kelihatan lebih rapi dan kemas dengan mengubah ciptaan Allah S.W.T.”

Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan hal ini, dengan kata lain menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dalam islam. Oleh itu, para muslimah sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin hendaklah menghidari perbuatan-perbuatan yang tersebut.

Untuk memudahkan pembaca untuk memahami, saya akan senaraikan hal-hal yang diharamkan yang telah disebutkan dalam hadis tadi.

1. Mengunakan rambut palsu

2. Orang yang meminta kepada orang lain supaya rambutnya disambung dengan rambut orang lain (cemara). Atau menyambung bulu mata agar nampak lebih panjang dan lentik.

3. Membuat tato atau menusuk badan menggunakan jarum atau pisau atau benda tajam lainnya sama ada di telapak tangan, pergelangan, di bibir atau di tempat anggota tubuh yang lain hingga mengeluarkan darah yang kemudiannya menampakkan tanda disitu. Untuk menghasilkan warna hijau pada tempat yang luka, selalunya mereka menggunakan sejenis celak ataupun sejenis pewarna yang mengakibatkan ada kesan warna hijau padanya.

4. Mencukur rambut wajah supaya kelihatan licin, hal ini dikhususkan agar kening atau rambut alis mata letaknya nampak lebih tinggi ataupun supaya nampak sama agar nama lebih cantik dan menarik.

5. Merapikan gigi supaya kelihatan kemas samaada dengan menggunakan alat besi atau apa saja jenis cara agar nampak lebih cantik. Namun dalam keadaan yang memudaratkan perkara ini diharuskan dalam islam. Ia menjadi haram jika seseorang itu sudah mempunyai gigi yang kemas namun masih juga membentuknya kerana ingin nampak lebih menawan.

Kesemua yang disebutkan diatas itu adalah diharamkan oleh islam samaada orang yang meminta supaya dilakukan kepadanya atau orang yang melakukan hal tersebut kepada yang meminta kepadanya.

Begitu juga para isteri muslimah. Perkara diatas memang diharamkan. Ada sesetengah para isteri zaman ini beranggapan bila sudah kahwin, mereka boleh mencukur kening atau sebagainya kerana mendapat keizinan suami. Hakikatnya ia adalah diharamkan. Oleh itu seorang isteri seharusnya menghindari bentuk dandanan yang diharamkan dalam islam, begitu juga suami, suami yang baik tidak akan menyuruh isterinya melakukan perkara yang diharamkan dalam islam. Apabila perbuatan yang di atas tadi diharamkan islam dilakukan oleh para isteri muslimah maka menggunakan cara- cara tersebut walaupun pada suami sendiri pun diharamkan jua.

Oleh itu para muslimah juga kepda seluruh kaum muslimin, janganlah melakukan hal- hal seperti diatas tetapi perhatikanlah ajaran Allah S.W.T dan redalah, pasrahlah kepadanya kerana memang itulah yang terbak untuk kita. Setiap peraturan atau larangan yang datang dari Allah S.W.T seharusnya kita sambut dan turuti dengan baik.

*Artikel ini ditulis berpandukan buku yang bertajuk ‘Isteri Yang Membahagiakan Suami’. Muka surat 44-51.Karangan: Muhammad Abdul Halim. Cetakan 1996.*